Wednesday, May 7, 2008

DANEY - Ekstrak Minyak Habbatus Sauda' + Madu

daney

Butir-Butir
Mengandungi esktrak Habbatus Sauda' dengan Madu sebagai makanan tambahan bagi semua peringkat umur. Ia bermanafaat untuk:

1. Meningkatkan daya pertahanan tubuh badan.
2. Melancarkan peredaran darah.
3, Meningkatkan tenaga.

Isi kandungan: 150ml

DILULUSKAN OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Harga: RM29.00

Sunday, May 4, 2008

Testimoni

Sebagai seorang mahasiswa dan sebagai remaja saya sering pentingkan kecantikan kulit. Masalah saya, saya banyak jerawat, dan parut-parut masa kecil dulu. Bila saya terbaca dalam internet tentang penerangan dari Nutreeherb bahawa formulasi Krim Haruan oleh pakar saintis tempatan ini sangat berkesan dalam penyembuhan luka dan parut termasuk jerawat dan ketuat, saya sangat berminat, lalu saya terus memesan melalui agen Nutreeherb. Kini saya sudah beli 2 tiub krim haruan dan kesannya sungguh hebat. Saya mendapati jerawat saya sudah jauh berkurangan dan begitu juga tanda hitam parut sudah makin menghilang. Saya tidak lagi rasa ‘inferior’ ketika bersama rakan-rakan saya. Dengan harga yang ditawarkan, ia jauh lebih murah dari ubat krim lain. Saya sudah kempen dengan teman bilik asrama dan nampaknya semua sudah mencuba. Kalau ini berjalan baik, saya cadang nak jadi ejen krim haruan untuk teman dan saudara mara dan ini bermakna saya dapat krim haruan untuk diri saya sendiri secara percuma!

Ana, 20, Gombak



Saya seorang penuntut Universiti swasta di KL telah mengalami ketidaktentuan kitaran haid sejak 3 tahun yang lalu. Kadang-kadang selama 5 bulan saya tidak datang haid. Saya juga mengalami senggugut yang teruk. Saya sudah berusaha berbagai cara tetapi gagal. Suatu hari saya ke kedai herba dan menerima cadangan jurujual untuk mengambil Noni Bee untuk mengatasi masalah ini. Saya beli sebotol dan mula mengambil 2 kapsul setiap hari sehingga habis. Saya terkejut apabila tiba-tiba saya kedatangan haid selepas itu. Saya terus mengambil noni bee dengan Phyto oestro Kacip Fatimah dan mendapati kitaran haid saya sudah datang setiap bulan. Kini saya sudah masuk 4 bulan mengambil noni bee dan saya sangat bangga sudah merasa sebagai wanita normal. Ini dikongsi sama oleh ayah dan emak saya. Saya sedang mencadangkan pada kawan saya yang ada masalah yang sama.

Anie , 23, Kuala Lumpur



Saya sudah amalkan Kacip Fatimah sejak 6 tahun kerana percayakan khasiat terutama saya sudah 6 kali bersalin. Saya mula tertarik untuk mengambil Kacip Fatimah Phyto Oestro apabila diberitahui ia lain dari jenama yang ada dipasaran kerana cara penyedian melalui teknologi tinggi iaitu cara ekstrak. Saya sudah biasa dengan penerangan kacip fatimah tetapi kali ini saya mahu mencuba kerana jaminan keselamatannya di mana hasil ekstrak menjamin tak ada racun atau toksin. Sesudah mencuba Phyto Oestro selama 3 minggu, saya betul-betul yakin akan khasiat Kacip Fatimah ini. Kepala saya rasa ringan, badan mudah berpeluh dan saya rasa lebih bertenaga. Sejak itu saya berpuas hati dengan kelebihan Phyto Oestro jika dibandingkan dengan jenama kacip fatimah yang lain.


Zizi, 42, Ipoh



Saya telah berkahwin selama 18 tahun dan telah dikurniakan 4 orang anak. Saya tidak merasa apa-apa kekurangan dalam hubungan seks, ini disahkan oleh isteri saya sendiri. Tetapi mungkin dengan tugas harian yang sentiasa bertambah banyak ditempat kerja atau di rumah kerana isteri saya juga bekerja, hubungan kelamin kami tidak sekerap dulu dan sudah kami terima sebagai normal sahaja. Tetapi sejak saya mencoba sebotol Tongkat Ali jenama Phyto Andro, tiba-tiba saya merasa ‘excitement’ dalam hubungan seks kami: samada segi kekerapan dan kemampuan ereksi saya. Isteri saya mengesahkan dan merasa ransangan yang bertambah dan berkata : “bang rasa macam mula-mula kahwin dulu.” Sejak itu saya terus mengambil Phyto Andro secara berterusan.


Jalal, 43, Putrajaya.



Saya seorang Pengarah Urusan sebuah syarikat IT. Kerja saya sentiasa menuntut masa yang banyak seperti mengendali mesyuarat berbagai peringkat kakitangan, melayani pelanggan, memenuhi temujanji dan perjumpaan di sana sini. Lagi pula sebagai ayah kepada 5 anak-anak berumur antara 10 hingga 25 tahun, saya dan isteri ada tugas tambahan melayani berbagai kehendak mereka segi pelajaran, social dan kebajikan umum. Setiap hari saya memandu ke pejabat yang jauhnya 100km sehari dan sesekali keluar Bandar (out-station). Keadaan sesak jalanraya yang berterusan kini sangat perit dan meletihkan. Dengan hakikat umur yang sudah meningkat dan tanggungjawab di atas yang sentiasa mencabar saya merasa mudah letih di segi mental dan fizikal. Saya sudah banyak ambil suplemen untuk mengatasi masalah ini tetapi kurang berkesan. Tetapi sejak saya mencuba Tongkat Ali Phyto Andro 3 bulan dulu saya merasa perubahan yang ketara. Saya tidak lagi mengantuk terutama selepas makan tengahari dan saya boleh fokus dalam menyelesaikan kerja berjam-jam setiap hari tanpa lagi merasa letih. Badan saya rasa ringan dan pergerakan adalah mudah. Saya sangat senang hati dengan perkembangan ini. Sejak itu saya sudah meneruskan pengambilan Tongkat Ali sebagai suplemen kesihatan saya setiap hari.

Hamad, 52, Kuala Lumpur.



Saya telah berkahwin (yang kedua) sejak 3 tahun lalu tetapi belum lagi mendapat anak. Isteri saya sangat inginkan anak, lantas kami minta nasihat doktor pakar. Saya buat pemeriksaan dan mengesahkan saya kurang jumlah sperma dan kualitinya. Saya dianjur mengambil sebotol 60 kapsul Phyto Andro Tongkat Ali untuk mengatasi masalah ini. Doktor meminta saya datang untuk diperiksa lepas 2 bulan. Saya agak skeptikal tetapi mencoba cadangan ini dan selepas tiga bulan saya dapati isteri saya telah disahkan mengandung!

Ghazi, 49. Kajang.

Tablet Zingerxin (Halia)

Photobucket

Butir-Butir
TABLET ZINGERXIN adalah diperbuat dari Halia dan bahan-bahan campuran lain bertujuan sebagai perubatan alternative untuk penyakit-penyakit berikut:
• Bengkak
• Kerengsaan
• Kemerah-merahan
• Sengal dan sakit
• Kaku pada awal pagi
• Sukar menggerakkan sendi

Jumlah tablet sebotol: 50 tablet

Tablet ini bersifat karminatif iaitu melawan gejala angin dan membantu pencernaan. GALEN, seorang ahli perubatan Greek menggunakan Halia untuk mengubati lumpuh yang berpunca dari ketidakseimbangan lender dalam badan. IBNU SINA menggunakannya sebagai perangsang nafsu kelamin dan mengubati gout. Beliau juga mengakui bahawa ianya baik untuk membuang angin dalam badan, mencegah dari pening ketika mula mengandung, dan mabuk ketika dalam perjalanan di darat atau laut. Mengandungi 40 jenis asid untuk melancarkan perjalanan darah dan mencairkan darah, membantu menghadamkan protein yang menyebabkan perut rasa senak, segah dan menghilangkan pembengkakan.

Di dalam perubatan tradisional seperti perubatan Ayurveda dan Tibet, halia (Zingibar offcinale) telah digunakan sejak 2500 tahun lalu lagi untuk mengatasi kesakitan dalam sistem pemotor dan mabuk laut. Perubatan Cina telah menggunakan halia sejak beribu tahun lalu untuk mengatasi radang otot dan sendi-sendi atau penyakit reumatik.

Bahan-bahan aktif yang terkandung di dalam halia telah dikenalpasti sebagai sebatian-sebatian hidroksil-metoksil-feril (HMP). Kajian menunjukkan HMP mempunyai tindakan yang sangat kuat dalam menghalang pengeluaran prostaglandin adalah lebih lembut. Sehubungan tindakan ini,maka halia merupakan penawar semula jadi yang berguna untuk melegakan kesakitan dan radang sendi.

Kesakitan dan radang pada sendi adalah disebabkan oleh proses pengeluaran bahan-bahan kimia dalam badan yang dikenali sebagai prostaglandin dan luekotriene. Prostaglandin menyebabkan kesakitan yang mendadak dan keterlaluan,manakala leukotriene menyebabkan keradangan kronik yang memburukkan lagi proses keradangan.

Akibat proses keradangan ini, sel-sel darah putih (granulocytes) dalam badan bertindak balas,menyebabkan kerosakan lebih banyak tisu pada sendi-sendi yang terlibat.Arthritis dan reumatisme lebih kerap dialami oleh orang tua tetapi boleh juga menyerang golongan muda dan boleh membawa kepada kecacatan kekal.Ia merupakan penyakit progresif yang tidak diketahui cara pengubatannya.

Kebanyakan rawatan biasa untuk masalah sendi dan anggota badan bertindak untuk mengurangkan kesakitan tetapi ia boleh mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Sebagai contoh, NSAIDS(ubat anti radang yang tidak mengandungi steroid) biasanya disyorkan untuk merawat kesakitan, tetapi ia kerap dikaitkan dengan kesan-kesan sampingan yang serius seperti gastrik ulser dan lesion.

Harga: RM28.00