Sunday, May 4, 2008

Tablet Zingerxin (Halia)

Photobucket

Butir-Butir
TABLET ZINGERXIN adalah diperbuat dari Halia dan bahan-bahan campuran lain bertujuan sebagai perubatan alternative untuk penyakit-penyakit berikut:
• Bengkak
• Kerengsaan
• Kemerah-merahan
• Sengal dan sakit
• Kaku pada awal pagi
• Sukar menggerakkan sendi

Jumlah tablet sebotol: 50 tablet

Tablet ini bersifat karminatif iaitu melawan gejala angin dan membantu pencernaan. GALEN, seorang ahli perubatan Greek menggunakan Halia untuk mengubati lumpuh yang berpunca dari ketidakseimbangan lender dalam badan. IBNU SINA menggunakannya sebagai perangsang nafsu kelamin dan mengubati gout. Beliau juga mengakui bahawa ianya baik untuk membuang angin dalam badan, mencegah dari pening ketika mula mengandung, dan mabuk ketika dalam perjalanan di darat atau laut. Mengandungi 40 jenis asid untuk melancarkan perjalanan darah dan mencairkan darah, membantu menghadamkan protein yang menyebabkan perut rasa senak, segah dan menghilangkan pembengkakan.

Di dalam perubatan tradisional seperti perubatan Ayurveda dan Tibet, halia (Zingibar offcinale) telah digunakan sejak 2500 tahun lalu lagi untuk mengatasi kesakitan dalam sistem pemotor dan mabuk laut. Perubatan Cina telah menggunakan halia sejak beribu tahun lalu untuk mengatasi radang otot dan sendi-sendi atau penyakit reumatik.

Bahan-bahan aktif yang terkandung di dalam halia telah dikenalpasti sebagai sebatian-sebatian hidroksil-metoksil-feril (HMP). Kajian menunjukkan HMP mempunyai tindakan yang sangat kuat dalam menghalang pengeluaran prostaglandin adalah lebih lembut. Sehubungan tindakan ini,maka halia merupakan penawar semula jadi yang berguna untuk melegakan kesakitan dan radang sendi.

Kesakitan dan radang pada sendi adalah disebabkan oleh proses pengeluaran bahan-bahan kimia dalam badan yang dikenali sebagai prostaglandin dan luekotriene. Prostaglandin menyebabkan kesakitan yang mendadak dan keterlaluan,manakala leukotriene menyebabkan keradangan kronik yang memburukkan lagi proses keradangan.

Akibat proses keradangan ini, sel-sel darah putih (granulocytes) dalam badan bertindak balas,menyebabkan kerosakan lebih banyak tisu pada sendi-sendi yang terlibat.Arthritis dan reumatisme lebih kerap dialami oleh orang tua tetapi boleh juga menyerang golongan muda dan boleh membawa kepada kecacatan kekal.Ia merupakan penyakit progresif yang tidak diketahui cara pengubatannya.

Kebanyakan rawatan biasa untuk masalah sendi dan anggota badan bertindak untuk mengurangkan kesakitan tetapi ia boleh mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Sebagai contoh, NSAIDS(ubat anti radang yang tidak mengandungi steroid) biasanya disyorkan untuk merawat kesakitan, tetapi ia kerap dikaitkan dengan kesan-kesan sampingan yang serius seperti gastrik ulser dan lesion.

Harga: RM28.00

No comments: