Tuesday, April 29, 2008

Tongkat Ali

Photobucket

Mengapa ekstrak larut air lebih selamat dari esktrak berasaskan alkohol?

Sesuatu ekstrak herba itu didefinasikan sebagai bentuk herba pekat yang diperolehi dengan mencampurkan herba asal dengan cecair larutan berasaskan alkohol atau air. Tongkat Ali yang diproses menggunakan cecair larutan berasaskan alkohol biasanya mengandungi pelbagai bahan-bahan kimia yang boleh memudaratkan hati dan buah pinggang dalam masa jangka panjang. Manakala Phyto-Andro Tongkat Ali Ekstrak Larut Air adalah formulasi ekstrak yang diproses menggunakan air sebagai cecair larutan dan tidak mengandungi bahan-bahan kimia serta tidak merosakkan hati dan buah pinggang dalam masa jangka panjang.

Adakah Phyto-Andro TONGKAT ALI sejenis viagra?

TIDAK. Phyto-Andro Tongkat Ali adalah makanan tambahan herba. Ia bukanlah bahan stimulasi seks yang berfungsi bila diperlukan. Malah untuk mendapatkan manafaatnya seperti peningkatan pengeluaran testosterone (sejenis hormon kelakian), kelancaran perjalanan darah dan tenaga fizikal yang biasanya berkaitan dengan kemampuan seksual, seseorang lelaki itu perlu mengambil Phyto-Andro Tongkat Ali ini secara berterusan. Malah dengan pengambilan berterusan, seseorang lelaki itu tidak perlu mengambil viagra yang banyak mendatangkan keburukan dari kebaikan.

Apakah perbezaan antara ekstrak dengan debu halus?

Ekstrak merujuk kepada cara pemperosesan sesuatu herba menggunakan teknologi tinggi, manakala debu halus merujuk kepada pemperosesan herba secara memesin herba sehingga menjadi debu halus. Ekstrak herba mudah larut dalam air, manakala debu halus akan meninggalkan serdak apabila dibancuh dalam air.

Adakah Phyto-Andro TONGKAT ALI khusus untuk lelaki sahaja?

TIDAK, Phyto-Andro Tongkat Ali boleh juga diambil oleh wanita tetapi pada dos yang lebih rendah. Walaubagaimanapun Phyto-Andro Tongkat Ali ini lebih sesuai untuk lelaki, manakala Phyto-Oestro Kacip Fatimah adalah sesuai untuk wanita.

Mengapa lelaki berumur thirty-five ke atas patut mengambil Phyto-Andro TONGKAT ALI?

Secara amnya, pada umur 35 tahun ke atas, pengeluaran hormon testosterone lelaki akan mulai menurun. Akibatnya ramai diantara lelaki pada kategori umur ini akan cepat merasai lesu dan mengalami pengurangan stamina. Dengan pengambilan berterusan Phyto-Andro Tongkat Ali sebagai makanan tambahan herba akan membantu meningkatkan tahap hormon tertosterone, meningkatakan kualiti sperma, melancarkan perjalanan darah serta meningkatkan tahap tenaga.

Berapa lamakah Phyto-Andro TONGKAT ALI akan mula memberi manafaat yang ketara?

Kesan pengambilan Phyto-Andro Tongkat Ali bergantung kepada pelbagai faktor seperti umur, saiz badan, keadaan kesihatan badan dan jumlah dos yang diambil. Bagi mereka yang berumur 35 tahun ke bawah, kebiasaannya kesan pengambilan Phyto-Andro Tongkat Ali ini akan mula dirasai dalam tempoh 5 hari pemgambilan berterusan. Bagi mereka yang lebih berumur atau mengalami masalah kesihatan yang kronik, ia mungkin mengambil masa antara beberapa minggu hingga bulan. Yang penting di sini ialah Phyto-Andro Tongkat Ali ini mesti diambil secara berterusan kerana ia adalah makanan tambahan, bukan ubat.

No comments: