Tuesday, April 29, 2008

Kacip Fatimah

Photobucket

Apakah ‘Kacip Fatimah’?

Kacip Fatimah atau nama saintifiknya labisia pumila dari famili Myrsinaceae adalah sejenis tumbuhan herba yang mempunyai batang berkayu. Ia biasanya tumbuh secara liar di hutan hujan tropika pada ketinggian lebih kurang 150 kaki dari aras laut. Tumbuhan ini membiak dengan 2 cara: melalui biji benih dan keratan akar (pecahan akar).Tumbuhan ini dapat tumbuh dengan sempurna dikawasan yang akan redup dengan tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi dan tidak menakung air. 3 jenis variasi yang biasa dijumpai di malaysia ialah: Labisia pumila var. alata, L. pumila var. pumila dan L. pumila var. lanceolata.

Apakah kegunaan tradisional Kacip Fatimah?

Kacip Fatimah begitu sinonim dengan wanita. Ia dikatakan dapat mempercepatkan proses kelahiran bayi disamping dapat mengembalikan kecergasan selepas bersalin. Selain dari itu ia juga dikatakan dapat membantu mengecutkan rahim dan melangsingkan badan. Kacip fatimah juga dikatakan dapat merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarkan perjalanan dan kitaran haid wanita. Ia juga dapat mengurangkan sakit senggugut ketika haid. Cara penggunaan untuk selepas/sebelum bersalin ialah dengan merebusnya (satu pokok termasuk daunnya) ke dalam seperiuk air (seeloknya periuk tanah) dan airnya diminum. Ia juga boleh digunakan untuk mengubat penyakit buasir (hemarroid/pile) dengan cara merebus akarnya yang telah dikeringkan. Ia juga boleh digunakan untuk merawat cirit birit, sakit sendi (rheumatism) dan gonorhea.

Bolehkah seseorang wanita yang belum berkahwin mengambil Phyto-Oestro Kacip Fatimah?

Ya boleh, terutamanya bagi mereka yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu. Phyto-Oestro Kacip Fatimah mampu membantu mengurangkan masalah kitaran haid tidak menentu ini menerusi peningkatan tahap kesihatan badan seseorang wanita itu.

Bolehkah seseorang wanita mengandung mengambil Phyto-Oestro Kacip Fatimah?

TIDAK BOLEH, kerana dibimbangi akan memberi kesan kepada janin atau bayi dalam kandungan.

Bolehkah seseorang wanita itu mengambil Phyto-Oestro Kacip Fatimah semasa haid?

Adakah Phyto-Oestro Kacip Fatimah menggalakkan pengeluaran hormone-estrogen seks wanita?

Ya, kajian saintifik yang dilakukan terhadap pokok Kacip Fatimah yang digunakan dalam produk Phyto-Oestri Kacip Fatimah, mengandungi bahan gabungan phytoestrogens (estrogen tumbuhan) yang mampu mengembalikan ketidakseimbangan hormon wanita yang berpunca dari tekanan emosi atau sebab-sebab lain.

Bolehkah Phyto-Oestro Kacip Fatimah mengurangkan kesan tanda-tanda awal menopause?

Ya, jika diambil secara berterusan dari sekarang, ia akan membantu mengurangkan kesan tanda-tanda awal menopause seperti gatal-gatal, keluaran cecair yang banyak, perpeluhan yang kuat dan sebagainya. Tanda-tanda ini selalunya terjadi apabila seseorang wanita itu mencecah umur awal 40an.

Adakah Phyto-Oestro Kacip Fatimah boleh membantu mengembalikan tenaga wanita selepas seks?

Ya, Phyto-Oestro Kacip Fatimah amat sesuai sekali untuk mengembali dan meningkatkan tenaga, mengatasi keletihan dan kesihatan keseluruhan seseorang wanita itu.

Pengambilan Phyto-Oestro Kacip fatimah semasa haid adalah TIDAK digalakkan.

No comments: