Tuesday, April 29, 2008

Psoriasis

Photobucket

Apa itu psoriasis?

Psoriasis adalah penyakit kulit bersisik yang disebabkan kecelaruan sistem imun badan. Bila penyakit menyerang, kulit pesakit menjadi berbintik atau bertompok merah, membengkak dan kulit pada bahagian berkenaan menebal dan keras. Ada kalanya tompokan sel ini berubah menjadi hitam akibat kehadiran melanin. Dalam masa beberapa hari, kulit yang tebal itu menjadi tua dan apabila sel mati, ia tertanggal sendiri sebagai kepingan putih berkilat. Bahagian kulit yang tebal ini juga terasa gatal dan panas seolah-olah terbakar. Ada juga yang merekah dan berdarah apabila bahagian ini diregangkan, terutama jika ia menyerang kulit pada sendi seperti lutut, siku dan tangan.

Apakah punca penyakit psoriasis?

Psoriasis berpunca dari kegagalan fungsi sel darah putih yang menyebabkan inflamasi dan gerak balas keradangan pada kulit mengakibatkan proliferasi sel hingga berlaku pertumbuhan kulit bersisik dan kemerahan pada keseluruhan tubuh pesakit. Ketidaknormalan fungsi sel darah putih (sel limfosit T) mencetuskan keradangan dan gerak balas imun pada kulit. Bagi kulit normal, proses penggantian kulit berlaku secara perlahan-lahan dan mengambil masa 28 hingga 30 hari sebelum sel mati ini tanggal daripada badan.

Di bahagian badan manakah psoriasis menyerang?

Psoriasis boleh berlaku di mana-mana saja termasuk di kulit kepala, kemaluan, punggung, kaki atau belakang badan. Walaupun ia tidak menjangkiti orang lain, keadaan pesakit dan cebisan kulit yang tertanggal membuatkan ramai berasa tidak senang untuk duduk bersama mereka.

Adakah penyakit ini penyakit keturunan?

Ya, psoriasis adalah penyakit keturunan, wujud dalam genetik tetapi ia boleh dirangsang beberapa faktor lain seperti tekanan emosi, kecederaan kulit, jangkitan, tindak balas badan terhadap ubat tertentu, cuaca dan alahan terhadap makanan.

Bagaimana untuk merawat penyakit ini?

Banyak kaedah boleh digunakan untuk merawat psoriasis antaranya vitamin D3, retinoid, antralin, tar arang, psoralen dan terapi sinar UVA. Bagaimanapun kini ada kaedah terbaru iaitu penggunaan krim herba yang dirumus daripada lima jenis halia liar ciptaan Profesor Azimahtol. Bahan aktif krim halia itu mampu menghentikan proses pembahagian sel dan mematikan sel berkenaan.

1 comment:

Raden Malaya said...

Assalam berapa harga dan bagaimana nak dptkan produk ini, t.kasih..