Tuesday, April 29, 2008

Minyak Kelapa Dara

Photobucket

Apa itu Minyak Kelapa Dara (Virgin Coconut Oil)?

Minyak Kelapa Dara diperbuat dari santan buah kelapa segar, difermentasikan selama 24 hingga 48 jam tanpa menggunakan haba. Ia mengandungi Medium Chain Triglyceride (MCT) yang hampir sama dengan lemak yang terdapat dalam air susu ibu (ASI).

Minyak Kelapa Dara adalah 100% Organik dan diakui oleh Doktor diseluruh dunia tentang kehebatannya yang bersifat anti virus & anti bacteria serta boleh merencatkan virus HIV, tiada kolestrol, tidak menyebabkan kegemukan, menurunkan darah tinggi & kencing manis, tiada kesan sampingan. Diakui diseluruh DUNIA sebagai makanan berfungsi (functional food) pada abad ke-21.

Fakta : Minyak Kelapa Dara telah mendapat pengakuan FDA di Amerika Syarikat dan didaftarkan sebagai GRAS (Generally Regarded As Safe) dan disahkan selamat untuk dimakan.

Apakah fungsi utama atau kelebihan minyak kelapa dara?

Minyak kelapa dara dikategorikan sebagai Asid Lemak Rantaian Sederhana (MCFA) dimana ia berfungsi untuk meningkatkan metabolisma didalam tubuh dan amat mudah dicerna didalam sistem penghadaman untuk dijadikan tenaga dengan pantas dan mengawal berat badan. Kajian yang dibuat sejak 1982 menunjukkan bahawa asid laurik mampu untuk mencegah penyakit seperti diabetes, kolesterol, hepatitis C, jantung koroner, prostat, osteoporosis, penuaan awal, gout, influenza, kegemukan, disfungsi ereksi, rambut gugur serta mengurangkan kesan lelah atau asthma.

Apakah kandungan utama yang terdapat di dalam minyak kelapa dara?

Kandungan Minyak Kelapa Dara
Lauric Acid 50.33 %
Myristic Acid 12.91 %
Palmitic Acid 4.25 %
Caprylic Acid 14.23 %
Capric Acid 10.25 %
Stearic Acid 1.15 %

No comments: