Monday, April 14, 2008

Produk Kesihatan

Produk Kesihatan untuk semua!

1) Krim Haruan

Photobucket

Butir-butir

Krim Haruan dihasilkan daripada lendir Ikan Haruan. Kajian telah menunjukkan ia berguna untuk mempercepatkan penyembuhan luka lepas pembedahan, terkena api atau air panas, menghilangkan jerawat dan melicinkan kulit muka. Juga berkesan untuk ruam lampin pada bayi serta gatal-gatal di kulit.

Saiz: 40ml

Harga: RM18.00



2) Nonie Bee

Photobucket

Butir-Butir
NONI BEE adalah makanan kesihatan campuran mengkudu (noni) dan debunga madu (bee pollen) untuk meningkatkan kesihatan badan dan mempunyai khasiat kesihatan yang tinggi. Ia sesuai untuk para remaja dan orang dewasa sebagai 'perlindungan' daripada masalah-masalah kesihatan jika diambil secara berterusan.

Jumlah kapsul sebotol: 60 biji

Kajian secara saintifik lebih 40 tahun telah dijalankan oleh Dr.R.M.Heineike. Terdapat 12 elemen yang penting dalam mengkudu. Elemen yang paling penting dalam buah mengkudu adalah Proxeronine.Proxeronine ini akan membentuk Xeronine apabila bertindak dengan enzim Proxeroninase di dalam usus.Xeronine boleh membaiki sel-sel rosak dan mengaktifkan sel-sel yang lemah.Mengkudu juga mengandungi Narin-Genin, iaitu satu unsur Anti-Oxidan yang asli.

Antara khasiat buah mengkudu ialah MEMBANTU….

* Menstabilkan tekanan darah dan paras kolestrol
* Merawat penyakit kencing manis, buah pinggang, pundi kencing dan hempedu
* Merawat sakit sendi (Athristis), gout dan sakit urat
* Merawat masalah pernafasan, asthma, resdong, batuk, sakit tekak dan selsema
* Merawat masalah wanita,senggugut dan gangguan haid
* Memnbantu sistem kesuburan lelaki dan wanita
* Mencegah pertumbuhan sel kanser dan tumor
* Meningkatkan tenaga tubuh badan
* Menghilangkan ketagihan merokok
* Melambatkan kesan penuaan (anti oksidan)
* Meningkatkan sistem pertahanan bagi melawan penyakit, kecederaan dan jangkitan
* Memperbaiki penghadaman dengan membantu sel-sel menyerap nutrien di peringkat selular

KHASIAT DEBUNGA LEBAH(BEE POLLEN)
* Debunga lebah adalah salah satu makanan semulajadi yang hampir lengkap
* Mengandungi hampir kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh manusia
* Membetulkan kekurangan zat makanan atau nutrisi yang tidak seimbang
* Merupakan sumber tenaga, kesegaran dan tonik kesihatan\
* Membantu pemulihan dari penyakit kronik
* Memperrtahankan badan dari penyakit berjangkit seperti batuk dan selsema
* Membantu mengatasi perencatan dan masalah perkembangan kanak-kanak
* Kaya dengan sumber protin, asid amino bebas, vitamin termasuk B-kompleks dan Folik asid
* Menjadikan kulit lebih halus, sihat dan mengurangkan kedutan

Harga: RM35.00



3) Lena Kenanga Massage Oil

Photobucket

Butir-Butir
Lena Kenanga Massage Oil digunakan sebagai minyak urut badan yang amat sesuai untuk melegakan otot-otot yang tegang selepas penat berkerja, melakukan aktiviti fizikal atau untuk menjaga kulit badan agar kelihatan lebih lembut dan halus. Ia berbau wangi dan sesuai untuk urutan badan atau mana-mana bahagian badan sewaktu sebelum tidur atau bila-bila masa sahaja.

Saiz botol: 60ml

Harga: RM29.90



4) Teh Misai Kucing 'REELEAF'

Photobucket

Butir-Butir
Herba Misai Kucing amat sesuai untuk meningkatkan kesihatan dalaman badan. Apabila diambil dalam bentuk minuman herba seperti Teh Reeleaf ini, ia mampu melancarkan pembuangan air kencing dan asid berlebihan dalam badan yang menjadi punca kepada penyakit gout, sakit-sakit sendi dan batu karang.

Jumlah uncang sekotak: 20 uncang

Daun misai kucing telah digunakan secara tradisional bagi merawat penyakit:

* Batu karang
* Kencing manis
* Gout
* Rheumatism
* Sakit sendi (arthritis)
* Tekanan darah tinggi

Kini, kajian saintifik telah membuktikan bahawa air rebusan:

* Bersifat diuretik, anti-allergik, antiradang, anti-hypertensif
melawas pembuangan air kecil
* Meningkatkan perpeluhan, membolehkan bahan kumuh berasid /toksin yang berlebihan dalam badan dikeluarkan
* Melarutkan batu karang dalam saluran kencing, hempedu dan ginjal
* Mengawal berat badan jika diambil secara berterusan.
* Teh misai kucing ini dihasilkan dari daun yang telah dikeringkan, dikisar dan dibungkus secara bersih bagi mengekalkan kesegaran dan aroma.

TIADA BAHAN KIMIA, PENGAWET, PEWARNA DAN PERASA TAMBAHAN.

Harga: RM20.00



5) Phyto-Andro Tongkat Ali Ekstrak Larut Air


Photobucket

Butir-Butir
Phyto-Andro Tongkat Ali Larut Air adalah produk tulen yang dihasilkan dari ekstrak larut air akar Tongkat Ali. Ia dihasilkan dalam Malaysia oleh pakar herba Tongkat Ali melalui proses bio-teknologi dengan kawalan mutu yang ketat di kilang bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice). Produk ini disahkan HALAL oleh JAKIM dan mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Hanya dengan 2 kapsul setiap hari selepas makan akan dapat menggalakkan pengeluaran hormon 'testosterone' kelakian untuk meningkatkan tenaga, metabolisme badan dan melancarkan perjalanan darah. Dengan peningkatan pengeluaran hormon 'testosterone' ini, simptom-simptom 'Andropause' dapat diatasi.

Jumlah kapsul: 60 biji

Ministry of Health, Malaysia registration number: MAL 20001154T

Apakah simptom-simptom 'Andropause'?

Fizikal

* Kurang berdaya untuk aktiviti fizikal
* Berat badan meningkat
* Lemah tulang
* Kehilangan rambut atau rambut makin nipis
* Gangguan tidur

Psikologi

* Mudah terasa
* Sukar atau tidak tegas untuk membuat keputusan
* Ketakutan dan gemuruh
* Murung
* Rasa terasing, tidak menarik atau tidak disayangi
* Mudah lupa dan kurang tumpuan

Seksual

* Kurang keinginan seks
* Rasa takut dan gemuruh yang mendadak kerana bimbang hilang keupayaan seksual
* Kerap berkhayal melakukan seks dengan pasangan baru atau muda
* Masalah perhubungan dan perebutan mengenai seks, cinta dan hubungan intim

Harga: RM110.00



6) Phyto-Oestro Kacip Fatimah

Photobucket

Butir-Butir
Phyto-Oestro Kacip Fatimah diperbuat khusus dari ekstrak campuran utama herba Kacip Fatimah, Manjakani dan Daun Serapat untuk kesihatan optimum wanita. Ia amat sesuai untuk wanita dewasa terutama mereka yang berkahwin dan menopause (putus haid). Dengan pengambilan Phyto-Oestro Kacip Fatimah ini, seseorang wanita dewasa akan mengalami perubahan dari segi tenaga dalaman, kitaran haid yang teratur dan menguatkan sistem peranakan.

Phyto-Oestro Kacip Fatimah diproses menggunakan kaedah bioteknologi yang tinggi. Ia telah diuji dan didapati selamat untuk digunakan dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jumlah kapsul sebotol: 60 biji

Phyto-Oestro Kacip Fatimah ialah persediaan herba yang disyorkan paling sesuai untuk kaum wanita. Produk ini mengandungi ekstrak Kacip Fatimah hasil daripada penyelidikan saintifik yang dijalankan secara terperinci. Kacip Fatimah atau nama saintifiknya Labisia Pumila adalah tumbuhan herba yang tumbuh secara liar dalam hutan hujan tropika di Malaysia.

Air rebusan akar Kacip Fatimah telah digunakan secara tradisional oleh wanita Melayu untuk merawat kitaran haid yang tidak teratur, mengatur ketidaksuburan dalam badan wanita dan sebagai pemulihan kesihatan selepas kelahiran.

Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa bahan aktif dan aktiviti biologi Kacip Fatimah adalah berdasarkan kepada kehadiran phytoestrogen (estrogen tumbuhan) yang terdapat dalam akar Kacip Fatimah secara semulajadi.

Phyto-Oestro Kacip Fatimah juga mengandungi Manjakani (Quercus infectoria) yang digunakan sebagai ubat tradisional selepas kelahiran untuk menegangkan otot-otot. Ianya kaya dengan tannin, asid 'tannic' dan 'gallic', vitamin A dan C, kalsium, zat besi, serat, protin, dan karbohidrat yang berfungsi sebagai bahan antiseptik, menegangkan tisu dan melancarkan perjalanan darah di mana ia akan dapat mengekalkan kesihatan badan.

Berdasarkan kepada kesan sinergi yang positif antara Kacip Fatimah, Parameria (daun serapat) dan Manjakani, persediaan Phyto-Oestro diformulasikan untuk manafaat khususnya kepada wanita lepas kelahiran disamping mengecutkan saluran dan otot peranakan. Ia juga membantu meningkatkan kekuatan otot 'pelvic' menjarakkan kehamilan dan memulihkan kesihatan wanita keseluruhannya.

Ministry of Health, Malaysia registration number: MAL 20001153T


Harga: RM80.00



7) ALIF VCO Minyak Kelapa Dara

Photobucket

Butir-Butir
Alif VCO ini mengandungi ramuan 100% minyak kelapa dara serta merupkan produk buatan Malaysia yang disahkan HALAL.

Cara penggunaan penggunaannya:
Dewasa: 1 atau 2 sudu besar dua kali sehari, pagi dan malam.
Kanak-kanak : 1 atau 2 kecil dua kali sehari, pagi dan malam

Saiz botol: 150ml

Secara tradisi pokok kelapa mempunyai pelbagai kegunaan turun temurun. Air kelapa berkhasiat untuk menyembuhkan penyakit demam campak yang disebabkan oleh virus. Air kelapa juga digunakan untuk menjadi penawar racun. Selain dari itu air kelapa digunakan untuk merawat seseorang yang terlebih memakan ubat (over-dose). Sungguhpun demikian, minyak kelapa dara telah didapati mempunyai kesan dan fungsi kesihatan yang lebih hebat dari air kelapa

Dari segi saintifik Alif Minyak Kelapa Dara mengandungi Rantaian Asid Lemak Sederhana dan Asid Laurik yang mengandungi khasiat yang tinggi untuk:

* Meningkatkan sistem imunisasi badan dari serangan bacteria, virus, kulat dan fungus
* Mengurangkan dan mengekalkan berat badan
* Bagus untuk ibu yang menyusukan anak kerana ia dapat meningkatkan kandungan asid laurik dalam susu ibu.
* Menjadikan kulit lembut dan licin
* Meningkatkan tenaga

Harga: RM35.00



8)
Tablet Teja Trim


Photobucket

Butir-Butir
TEJA TRIM adalah berupa campuran beberapa jenis akar Teja seperti Teja Wangi dan Teja Lawang, pokok Serai Wangi dan Akar Selayor Besar dapat mangatasi masalah berat badan dengan memecahkan lemak dalam badan dan mengeluarkan lemak badan yang berlebihan, melangsing dan mengencangkan tubuh serta mengeluarkan air yang berlebihan dari dalam badan.

Jumlah tablet sebotol: 50 tablet

Harga: RM28.00



9) Syampoo Rambut UNA

Photobucket

Butir-Butir
Syampu rambut ini mengandungi gabungan herba seperti Gardenia florida ,Lawsonia inermis dan hibiscus yang berperanan untuk menjaga kesihatan dan kecantikan rambut.

Berat: 40gm

Harga: RM15.50



10) Herba Fresh Mouthwash

Photobucket

Butir-Butir
HERBA-FRESH MOUTHWASH mengandungi air yang ditapis, ‘Tea Tree’, dan ‘Peppermint’, Bunga Cengkih dan Chamomile. Ia menyegarkan pernafasan,menghilangkan bau mulut, dan menyihatkan gusi & gigi.

Cara mengguna: Bersihkan mulut, kumur selama 2-3 minit dan buang. Guna 2-3 kali sehari. Tidak boleh ditelan.

Saiz botol: 100ml

Harga: RM12.50



11) Tablet Haruan Omega

Photobucket

Butir-Butir

Tablet Haruan mengandungi ramuan utama iaitu Ikan Haruan dan Jintan Hitam. Hasil kajian menunjukkan Ikan Haruan mengandungi 14 jenis asid. Asid Amino sangat berkhasiat untuk mempercepatkan penyembuhan luka-luka luar dan dalaman.Sangat sesuai untuk wanita lepas bersalin dan lepas pembedahan.Ikan Haruan juga berkhasiat untuk mempercepatkan pertumbuhan sel-sel dan melambatkan kematian sel-sel dalam badan.Asid Amino adalah penting untuk menghasilkan protein dalam badan. Terdapat 9 jenis Asid Amino yang penting untuk tubuh manusia dan 7 daripadanya ada pada Ikan Haruan.

Kegunaan: Membantu penyembuhan gastrik, sakit dalam perut dan migrain


Jumlah tablet sebotol
: 50 tablet

Harga: RM28.00



12) Psorcure Cream


Photobucket

Butir-Butir
Krim Psorcure menggunakan 100% ekstrak herba dari famili Zingiberaceae. Ia telah terbukti secara saintifik sebagai rawatan untuk penyakit kulit kronik yang bertompok kemerahan dan bersisik perak berkilat yang dikenali sebagai Psoriasis.

- Selamat digunakan sekerap mungkin
- Selamat digunakan untuk jangkamasa panjang dan boleh digunakan bersama ubatan lain
- Selamat untuk kanak-kanak serta ibu mengandung
- Keberkesanannya dapat dilihat selepas 2- 4 minggu sapuan

Saiz: 10ml

Harga: RM40.00



13) Tablet Misskuu

Photobucket

Butir-Butir
Tablet Misskuu ini diperbuat dari daun herba misai kucing dan digunakan secara tradisional bagi merawat penyakit:

- Batu karang
- Kencing manis
- Gout
- Rheumatism
- Sakit sendi (arthritis)
- Tekanan darah tinggi

Jumlah tablet sebotol: 50 tablets

Daun Herba Misai Kucing telah lama digunakan sebagai herba diuretik yang selamat dan berkesan. Diuretik bermakna proses membuang air di dalam badan.

Dipercayai daun Misai Kucing dapat merawat penyakit kencing manis, buah pinggang dan batu karang.

* Kajian saintifik menunjukkan air rebusan daun misai kucing meningkatkan pepeluhan badan, ini membolehkan pengeluaran bahan toksin dalam badan yang berlebihan
* Ia juga digunakan sebagai pencuci darah (blood purifier) dan agen untuk mengurangkan radang (inflammation) di dalam kes-kes arthritis
* Ia berkesan membantu mengurangkan kesakitan dan radang pada sendi-sendi, membantu membuang bahan-bahan kumuh berasid yang boleh menyebabkan masalah athritis, gout dan rheumatism
* Kajian ekstrak Misai Kucing memberi kesan terhadap perencatan terhadap pertumbuhan batu karang dan membantu melawaskan pembuangan air kecil
* Secara keseluruhan khasiat perubatan daripada daun misai kucing ini juga berupaya mengawal berat badan
* Antara kandungan kimia utama yang terkandung dalam daun Misai Kucing ialah Kalium dan Sinensetin. Kalium bersifat diuretik dan pelarut batu karang dalam saluran air kencing, manakala sinensetin bersifat antibakteria.

Harga: RM35.00



14)
Teh Herba Misai Kucing 'LEGAA'


Photobucket

Butir-Butir
Herba Misai Kucing amat sesuai untuk meningkatkan kesihatan dalaman badan. Apabila diambil dalam bentuk minuman herba seperti Teh Legaa ini, ia mampu melancarkan pembuangan air kencing dan asid berlebihan dalam badan yang menjadi punca kepada penyakit gout, sakit-sakit sendi dan batu karang.

Jumlah uncang sekotak: 30 uncang

Daun misai kucing telah digunakan secara tradisional bagi merawat penyakit:

- Batu karang
- Kencing manis
- Gout
- Rheumatism
- Sakit sendi (arthritis)
- Tekanan darah tinggi

Kini, kajian saintifik telah membuktikan bahawa air rebusan:

* Bersifat diuretik, anti-allergik, antiradang, anti-hypertensif
melawas pembuangan air kecil
* Meningkatkan perpeluhan, membolehkan bahan kumuh berasid /toksin yang berlebihan dalam badan dikeluarkan
* Melarutkan batu karang dalam saluran kencing, hempedu dan ginjal
* Mengawal berat badan jika diambil secara berterusan.

Teh misai kucing ini dihasilkan dari daun yang telah dikeringkan, dikisar dan dibungkus secara bersih bagi mengekalkan kesegaran dan aroma.

TIADA BAHAN KIMIA, PENGAWET, PEWARNA DAN PERASA TAMBAHAN.

Harga: RM27.00



15) Teh Green Follium

Photobucket

Butir-Butir
Dihasilkan daripada daun-daun yang sangat berkhasiat untuk mencuci usus-usus dalam perut. Mempercepatkan pergerakan peritalsis sistem perkumuhan,memudahkan membuang air besar dan melancarkan perjalanan darah.

Tidak mendatangkan kesan ”sakit perut” atau “cirit-birit”:
• Sangat sesuai untuk mereka yang susah hendak membuang air besar, perut selalu kembung/senak.
• Dapat menyelesaikan masalah perut.

Jumlah uncang sekotak: 20 uncang

Harga: RM20.00



16) Tablet A One Plus

Photobucket

Butir-Butir
Mengandungi kismis, badam,colostrum dan madu.

Tablet A One Plus berfungsi sebagai makanan tambahan bagi membantu merangsang perkembangan minda dan memberi tenaga serta kecergasan badan.

Cara Pengambilan: Makan 2 tablet sehari (dikunyah)

Isi kandungan: 60 biji tablet

Harga: RM20.00



17) C-Pintrass

Photobucket


Butir-Butir

Produk homeopati yang bertindak sebagai makanan tambahan untuk membantu meningkatkan kecergasan mental dan fizikal. C- intrass boleh membantu melegakan keletihan saraf, lemah daya tumpu , daya ingatan, tegang fikiran, gementar serta boleh menambah tenaga. Semua peringkat umur boleh mengamalkan C-Pintrass terutamanya kanak-kanak kerana pada peringkat inilah minda anak-anak harus cergas dan cerdas dalam menghadapi pembelajaran setiap hari.


Jumlah pil
: 60 biji

Kesan positif mengamalkan C – Pintrass:

* Badan lebih berstamina serta bertenaga
* Rasa gementar dan gugup pulih
* Stress dan tekanan kerja dapat dikurangkan
*Diamalkan secara berterusan untuk kesan jangka panjang

Cara Penggunaan:

- Pil hendaklah di hisap.
- Jangan mnggunakan tangan. Gunakan penutup atau sudu.

Aturan Pengambilan:

- Kanak-kanak 6 tahun ke bawah – 1 biji pagi
- Kanak-kanak 7 tahun ke atas - 1 biji pagi, 1 biji petang / malam
- Remaja sehingga 20 tahun - 1 biji pagi, 1 biji petang / malam
- Dewasa 20 tahun ke atas - 3 biji sehari (pagi, petang, malam)

Harga: RM12.50

No comments: